Monday, July 5, 2010

Bermula Sebuah Kisah... Pengharaman ESQ di Wilayah

Berita ini aku terima dengan perasaan berbaur.. walaupun ia sesuatu yg telah dijangkakan, tetapi aku masih tetap merasa berat menelannya. bagaimana setelah mendapat sokongan dari majoriti mufti di Msia dan penubuhan panel aqidah dan syariah, esq tetap dijatuhkan hukuman yag cukup berat ini. Walaupun pahit, aku tetap menerima hakikat kehidupan yg memang sentiasa ada dugaan dan cabaran. Hatiku tiba-tiba terdetik untuk mengetahui respon masyarakat. Tanpa membuang masa, aku melayari internet dan melihat pelbagai komen diutarakan. Ada yg menyokong pengharaman, ada yg berkecuali dan tidak kurang juga yg bersungguh2 mempertahankan. Tanpa sedar, air mataku menitis... inilah gambaran dunia... inilah realiti masyarakat hari ini... aku mendapat iktibar yg banyak dari apa yg kubaca hari ini. Aku menutup internet dan membuka fail yg berkaitan modul esq. Aku perhatikan setiap modulnya. Aku cari intipati dari setiap modul. Aku menyusunnya dalam bentuk matrik. Subhanallah... walaupun atas apa nama sekalipun diberikan padanya... yg kulihat adalah penanaman keyakinan kepada Allah... kepada Rasulullah... kepada hari akhirat... cukuplah ini untuk menguatkan keyakinanku... walaupun ramai yg tidak akan mengerti apa yg aku ucapkan tetapi yg penting hatiku sendiri kini bertambah yakin. Aku mengucap syukur pada Allah.

Belum sempat aku menutup komputer, hp ku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yg masuk. Aku membacanya. Allahuakbar... alhamdulillah... terima kasih ya Allah... ini berita yg cukup membahagiakan aku... sms dari salah seorang trainer esq yg sedang memberikan training di Sabah. Sms itu menkhabarkan bahawa, 2 orang dari peserta training bukan Islam telah melafazkan syahadah... Mungkin ini hiburan dari Allah di saat ujian yg diberikannya. Di saat esq dituduh membawa ajaran liberal dan pelbagai lagi tuduhan yg menyayat hati, Allah memberikan hiburan ini... terima kasih ya Allah...

Mungkin tak ramai yg mengetahui sejarah esq, bagaimana ia masuk ke Malaysia... mengapa ia dibawa masuk dan apa kesannya setelah lebih 3 tahun di sini. Bagi yg membenci... itu hak mereka yg akan mereka sendiri pertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti. Bagi yg membela, juga itu antara mereka dengan Allah... di hadapan Allah nanti kita semua akan sendiri, menjawab pertanyaan dari Dia yg mengetahui setiap gerak hati, mengetahui setiap inci pergerakan dan menilai setiap tindak yg kita lakukan.

Aku menulis bukan untuk membela esq.. aku menulis sekadar untuk meluahkan apa yg ada di dalam hati. Sebagai orang yg sangat dekat dan mengenali dan mengetahui sejarah kemasukan ia ke malaysia, aku tidak mampu hanya berdiam diri. Izinkan aku bercerita... untuk sesiapa yg mahu membacanya...

1 comment:

  1. Hanya Allah yang maha mengetahui apakah hikmah yang ada disebalik pengharaman bagi WIlayah Persekutuan ini. Ya Allah Ya Rahman, segala puji hanya milikmu, segala kesyukuran hanya ku persembahkan padamu Ya Allah.. Begitulah yang allah swt janjikan kepada kita hambanya " Apakah kamu fikir kamu sudah beriman? sedangkan kamu belum diuji?..Memang tak terucap dengan kata, tak tertulis diatas blog ini sebuah kenikmatan iman ihsan dan islam...kesedihan kesedihan yang tak tertulis diatas blog ini, segalanya hanya ALLAH yang maha mengetahui, biarlah ianya menjadi satu rahsia dihatiku,apakah ertinya kesabaran kalau kita tidak mengetahui apakah erti kesabaran itu? syukur kerana kita masih lagi boleh bersyukur... sebuah perjalanan yang memberikan satu kebahagian dengan pengharaman ini, semoga segalanya menjadi satu pengabdian kepada ALLAH swt..kalau dahulu diriku terlalu jauh untuk mengenali diriku sendiri...apatah lagi Ya Khalik, penciptaku sendiri..Ya allah, jangan kau bolak balikkan hati kimi setelah kau berikan hidayah kepada kami.. kami redha dan kami terima selagi engkau tidak murka kepada kami, yang kami cari hanyalah redhamu ya ALLAH...JAdikan kami orang orang yang kau muliakan...Jauhkanlah kami dari syirik dan takabbur...jadikanlah kami orang orang yang tawadduk...alhamdulillah, di training ESQ dengan limpah kurnia ALLAH swt, aku mendapat berbagai ilmu ..yang paling bahagia adalah Mengenal ALLAH dan melihat kelemahan diriku selama ini yang jauh dari ALLAH..Satu nikmat yang tak terhingga apabila merasai takut kepada ALLAH, Keesaan ALLAH, Kebesaran ALLAH, Kebenaran AL quran, rindu dan cinta kepada nabi muhammad saw.Allahumasoli ala saiyidna muhammad, wa ala alihi wasobbihi ajmain... sebelum training, kerana kejahilan dan kelalaian ku , ALHAMDULILLAH ku kosong, bismillah ku juga kosong, allahuakbar ku juga tidak bergetar...sujudku kosong... tiada siapa yang memahaminya..hanya ALLAH swt..

    ReplyDelete